Senin, 30 Desember 2013
Aeon Big kaji GST
![](http://1.bp.blogspot.com/-KdPKrUS9BNY/UoWBOapaKgI/AAAAAAAANlM/tGnVQ8QTozk/s1600/aeon.jpg)
(Dari kiri) Pengarah Aeon Big, Mitsuru Nakata, Maskot Orange Big Mama, Oyama dan Pengarah Aeon Big Malaysia, A Rashid Adam pada pelancaran kad keahlian Aeon Big.
AEON Big (M) Sdn Bhd (Aeon Big) membuat persediaan untuk pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015 dengan mengkaji sama ada ia memberi kesan kepada pengguna.
Pengarah Urusan Aeon Big, Nagahisa Oyama berkata, pasar raya besar itu yakin pelaksanaan GST akan berjalan lancar.
"Ini adalah berdasarkan pengalaman dipelajari dari Jepun yang telah lama mengamalkan GST," katanya selepas pelancaran kad keahlian Aeon Big di Kuala Lumpur, semalam.
Mengulas berhubung kad keahlian itu, Oyama berkata, Aeon Big yakin akan mengedarkan satu juta kad keahlian bagi tahun pertama pelancarannya.
"Kami turut yakin untuk memperoleh 80,000 kad keahlian sebelum berakhirnya tahun ini," katanya.
Kad keahlian Aeon Big akan diberikan secara percuma kepada pelanggan tanpa yuran pendaftaran, bulanan atau tahunan dan pemegang kad itu boleh mengumpul mata ganjaran di mana-mana cawangan Aeon Big, bermula semalam.
Sementara itu, Oyama berkata, Aeon Big merancang untuk membuka sekurang-kurangnya tiga cawangan setiap tahun dengan pelaburan RM150 juta bagi setiap cawangan.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar