Rabu, 25 Desember 2013

Belasah Isteri Guna Topi Keledar



Belasah Isteri Guna Topi Keledar

Belasah Isteri Guna Topi Keledar - SEGAMAT : Seorang suri rumah yang tidak tahan didera termasuk dibelasah dengan topi keledar oleh suaminya membuat laporan polis menyebabkan lelaki itu ditahan kelmarin.

Suspek berusia 30 tahun yang cuba menyembunyikan diri ditahan pada pukul 3 pagi di kawasan Bekok di sini. Turut dirampas topi keledar yang dipercayai digunakan untuk memukul isterinya.
Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Mohd. Kamil Sukarmi berkata, mangsa yang berusia 30 tahun cedera di belakang kepala manakala empat jari kirinya bengkak dipercayai dipukul dengan objek keras oleh suspek.

“Dalam kejadian terbaru pada pukul 4.30 petang semalam (kelmarin), wanita itu dipukul di hadapan empat anak perempuannya yang berusia dua hingga lapan tahun.

“Mangsa pernah bertanya kenapa dia diperlakukan demikian, namun suspek enggan menjawab menyebabkan wanita itu semakin tertekan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut Mohd. Kamil, suspek turut meninggikan suara sekiranya mereka bergaduh sehingga didengari oleh jiran-jiran di kawasan kuarters kediaman pekerja kilang kelapa sawit di Kluang.

Jelasnya, mangsa yang hilang sabar kemudian membuat laporan polis dan suspek direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan. – Kosmo


Tidak ada komentar:

Posting Komentar