Sabtu, 28 Desember 2013

Rafidah Wanita Umno perlu calon lebih layak untuk jawatan tertinggi

OLEH YISWAREE PALANSAMY September 11, 2013   
Bekas ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz (gambar), berkata sekarang adalah masa yang penting dan amat terdesak untuk memastikan lebih banyak bakat `berkelayakan’ dan boleh dipercayai dalam parti untuk mengambil alih pucuk pimpinan dalam pilihan raya umum akan datang.

Pemimpin Wanita veteran itu melahirkan kekecewaannya apabila penyandang Datuk Seri Shahrizat Jalil kini tidak dicabar apabila bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said dikatakan tidak akan menyertai pertandingan itu.
“Apa perbezaannya sekarang walaupun saya bercakap atau beri maklum balas?

 “Ada yang meletakkan sasaran peribadi lebih tinggi daripada keperluan parti dan kata-kata nasihat hanya mempunyai sedikit kesan untuk mengubah apa-apa. Perubahan datang daripada kerelaan sendiri terlebih dahulu,” katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.

Shahrizat menewaskan Rafidah bagi jawatan Ketua Wanita Umno dengan memperolehi undi 507 berbalas 227.
Tidak ada hubungan mesra antara kedua-dua ahli politik berprofil tinggi berkenaan sejak pemilihan itu.

“Biarkan saja mereka. Biar mereka `bermain’ dengan sayap.
“Oleh kerana saya sudah bersara, saya tidak mahu peduli mengenai perkara ini lagi. Biarkan mereka.
“Jangan membazirkan masa dan usaha anda, saya tidak lagi berminat dan anda perlu mempercayainya,” kata Pengerusi AirAsia X itu.
Semalam, The Malaysian Insider melaporkan bahawa Azalina membuat keputusan untuk tidak bertanding bagi jawatan tertinggi itu dan hanya berminat menjadi ahli Majlis Tertinggi (MT). Ahli Parlimen Pengerang itu gagal dipilih menjadi MT pada pemilihan tahun 2009.
Azalina, yang juga seorang peguam dikatakan membatalkan hasratnya mencabar Shahrizat selepas `dinasihatkan’ untuk tidak meneruskan niatnya, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa rombongan khas dihantar bertemu Azalina, yang dilihat sebagai antara calon harapan oleh perwakilan untuk membuat `perdamaian sementara’ bagi memberi laluan kepada Shahrizat.
Azalina juga dilaporkan dijanjikan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai pertukaran kerana tidak bertanding.

Azalina yang dikenali sebagai tegas adalah ahli politik wanita yang vokal, dan beliau memenangi kerusi parlimen Pengerang dalam pilihan raya lalu yang digambarkan sebagai `cabaran sebenar’ selepas memenangi kerusi itu tanpa bertanding bagi dua penggal.ing.
Pada pilihan raya lalu, beliau bertanding tiga penjuru dengan penyanyi popular 80-an, Dayangku Intan dari parti PKR dan calon bebas, Mohd Azaman Johari, seorang guru.

Shahrizat yang tidak bertanding dalam pilihan raya lalu menerima habuan politik apabila beliau baru-baru ini dilantik sebagai penasihat khas mengenai hal ehwal wanita kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – jawatan yang bertaraf menteri. – 11 September, 2013.The Malaysian Insider

Tidak ada komentar:

Posting Komentar