Selasa, 31 Desember 2013
Banduan lari dari penjara untuk cari doktor kerana sakit gigi
By Andy Kossak, Sun
Apakah agaknya yang difikirkan oleh banduan yang berusia 51 tahun dari Sweden ini. Dia lari dari penjara sebab sakit gigi dan hanya mahu menemui doktor kemudian menyerahkan diri semula kepada polis . Kan ke pelik namanya.
Surat khabar the Huffington Post melaporkan, Isnin 2 Disember, dipetik dari sebuah akhbar tempatan di Sweden, lelaki tidak diketahui namanya ini membongkar jeriji besi kerana sakit gigi yang tidak tertahan lagi. "Dia menemui doktor gigi. Setelah giginya hilang sakit, dia kembali untuk menyerah diri " kata salah seorang anggota polis yang tidak menyebutkan namanya.
Hukuman keatasnya hanya tinggal lagi sebulan, malangnya dia terpaksa tambah hari-harinya untuk menyambung hidup dipenjara.
Keanehan banduan bukan kali ini terjadi. September 2012 seorang guru yoga memanfaatkan tubuhnya yang lentur agar dapat lari dari sel melalui penaruh makanan di pintu jeriji besi. Ini terjadi di Korea selatan.
Sementara pada 1975, warga Amerika Syarikat ditahan sebab tuduhan bandar dadah berusaha lari dengan memakai pakaian perempuan lengkap dengan lisptick dan bulu mata palsu.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar