Sabtu, 28 Desember 2013
Cara Tuntut Baucar Buku 1Malaysia BB1M 2013
Cara tuntut Baucar Buku 1Malaysia BB1M sesi 2013. Untuk pengetahuan semua pelajar IPTA dan IPTS, Baucar Buku sebanyak RM250 sudah mula diedarkan di semua institusi pengajian tinggi masing-masing. Pelajar boleh bertanya terus kepada institusi masing-masing untuk membuat tuntutan baucar BB1M 2013.
Cara Penggunaan BB1M 2013
- Baucar akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/ institusi. Baucar ini adalah untuk pembelian buku-buku akademik, jurnal, dan majalah ilmiah berdasarkan keperluan agensi/ institusi masing-masing.
- Pelajar perlulah mengisi nama (seperti dalam kad pengenalan) dan nombor kad pengenalan dengan jelas pada baucar tersebut semasa baucar dituntut di kaunter pelaksana agensi/ institusi masing-masing. Pelajar boleh menggunakan baucar ini dengan mengemukakan kad pengenalan di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini.
- Sekiranya amaun pembelian buku-buku ada berbaki sedikit, pelajar adalah dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan adalah dianggap luput dan tidak boleh dituntut.
- Jika amaun yang dibeli melebihi RM250, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan. Tempoh sah laku baucar adalah selama 5 bulan sahaja.
- Tuntutan bayaran balik baucar dibuat oleh kedai buku melalui Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 Jun 2013.
Kadar Baucar BB1M 2013
Tempoh Sahlaku
Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi 2013 sahaja. Baucar buku ini sah diguna pakai selama 5 bulan sahaja iaitu mulai 1 Januari sehingga 31 Mei 2013
sumber
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
mcm mana mau btalkan pnerimaan baucer yaaa???? sbb kmi praktikal sda..tidak guna sda baucer buku tu?? saya mau brim..
BalasHapus