Senin, 23 Desember 2013

Patung Lilin Tarikan Terbaru i City


Kini anda tidak perlu berjalan jauh untuk melihat patung lilin terkenal yang sering disajikan di muzium patung lilin terkenal, Madame Tussauds yang terletak di beberapa bandar popular dunia seperti London, New York, Sydney dan Bangkok.

RedCarpet@i-City, sebuah muzium lilin milik Malaysia di Shah Alam, di mana selebriti antarabangsa dan personaliti penting adalah antara 100 ‘penghuni’ di sana.

RedCarpet@i-City, seperti muzium lilin Madame Tussauds yang terkenal di dunia, mempamerkan hasil kerja lilin bagi tokoh-tokoh sejarah, selebriti dari dunia hiburan, bintang sukan dan lebih menarik lagi menampilkan bahagian Buku Rekod Dunia.

Lebih 100 patung lilin selebriti terkenal dan bintang seperti Psy, Michael Jackson, Barack Obama, Datuk Lee Chong Wei, Captain Jack Sparrow, Queen Elizabeth, Luciano Pavarotti, Mr Bean, Brad Pitt, Angelina Jolie, Jackie Chan, Bruce Lee, Elvis Presley dan banyak lagi.

Muzium ini yang dibuka pada 15 Ogos lepas adalah ilham daripada Pengerusi Eksekutif i-Bhd, Tan Sri Lim Kim Hong dan tarikan terbaru di i-City selepas Bandar Lampu Digital, Snowalk, WaterWorld dan FunWorld.

Patung-patung lilin yang dipamerkan di RedCarpet@i-City itu dihasilkan oleh syarikat yang berpangkalan di China, Zhongshan City Elephant Sculpture Art Co-Ltd (ZCESA), pembuat ukiran yang menyerupai kehidupan sebenar untuk muzium dan taman tema.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar